Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjar Masin, Kalimantan Selatan. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan selatan sehingga Tingkatan ‘Aliyah. Beliau seterusnya melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur

Al Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj Marbu Bin Abdullah Thayyib hafizhohulLah berasal dari Banjar Masin Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara,
dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah Binti Hj Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.
ALAM PERSEKOLAHAN
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan studynya di pondok tersebut beliau telah berhijrah bersama ibu dan bapa serta saudara-saudaranya ke tanah suci Mekkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982.
Antara guru-gurunya di madrasah tersebut adalah al 'alaamah al jalil as sayyid 'Amos rahimahullah dan Syeikh Abdullah Said al Lahji rahimahullah dan Syeikh Ismail Osman Zen Al Yamani rahimahullah dan Syeikh Muhammad Iwadh al Yamani rahimahullah dan Syeikh Abdul Karim al Bukhari dan lain-lain lagi. Di samping beliau belajar secara formal beliau juga menyempatkan diri mengikuti majlis pengajian ilmu secara non formal (umumi)di Masjidil Haram dan juga di kediaman para masyaiekh (tok-tok guru).
Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah tersebut. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Kitab Fathul Mu'in, Kitab 'Umdatussalik, Kitab Badayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'aliyah. Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar as- Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am "dirasat 'ulya" pada tahun 1990.
MURID KESAYANGAN GURU
Beliau merupakan murid kesayangan gurunya al-maghfurlah Syeikh Ismail Osman Zen al Yamani yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke'Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wasallam.
Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyayikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Makkah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka.
Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syeikh Al-Allamah Hasan Masshath yang digelar syeiku-ul-ulama' rahimahullah, Syeikh Al-Allamah Mohd. Yasin Al-Fadani rahimahullah yang mendapat julukan Syeikhul hadits wa musnidud dunya, Syeikh Ismail Usman Zen rahimahullah yang digelar Alfaqih Ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syeikh Abd. Karim Banjar hafizohullah, Syeikh Suhaili Al-Anfenani, As-Sayyed Mohd. Alwi Al-Maliki, Syeikh Said Al-Bakistani dan masih banyak lagi, kata pepatah arab 'cakap sahaja tanpa perlu khuatir'. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masya Allah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.
MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI
Setelah menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke dua) satu jolokan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.
Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin" semenjak tahun 1987 hingga 1998 buat pertama kalinya di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamiek al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia.
Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.
MENGHASILKAN KARYA ILMIAH
Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.
MAJLIS PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA
Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang Kedah, yang diasaskan oleh ayahanda yang mulia Almarhum Ustaz Niamat Bin Yusuff pada tahun 1980.Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang semenjak tahun 1998 hinggalah 2002.Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.
Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah baik bulanan atau mingguan bukan hanya di masjid-masjid, di sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah atau diluar negeri kedah seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu.
Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan presentren beliau sendiri dan dengan izin Allah beliau telah berjaya menubuhkan Maahad Az Zein di Bogor Jawa Barat.
KELEBIHAN BELIAU
Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi berwibawa.bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam ceramahnya.
Dan pengalaman pribadi penterjemah dan ana sendiri sendiri selaku murid beliau yakni setiap kali perbincangan atau sembang-sembang antara penterjemah dengan kawan- kawan tentang apa sahaja semasa di asrama, besok di kelas pasti ada yang di sentuh perbincangan kami oleh beliau dalam masa pengajian. Dari mana beliau tahu ? itulah pertolongan dan bimbingan serta petunjuk dari Allah pada hambanya yang dekat kepadaNya.
Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masaalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat mengesankan sekali kepada para hadirin. Itu merupakan fadhlun minallah pada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.
IRSYADAT AL FADHIL
Jangan tersilau dengan gelar PHD atau MA dan sebagainya. Penubuhan Al Maahadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda *watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat. Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya. Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat. Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri. Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan HI makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru beberkat. Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan. Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal. Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.
(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syeikh Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma 'hadul *Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah pada hari Isnin 9 Ramadhan 1419 Hbersamaan 28 Disember 1998 M.)

Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abi Bakr bin Idrus bin Umar bin Idrus bin Umar bin Abi Bakr bin Idrus bin al-Husin bin al-Shaikh Abi bakr bin Salim bin Abdullah bin Abd. al-Rahman bin Abdullah bin al-Shikh Abd. al-Rahman al-Saqaf bin Muhammad Maulay al-Duwailah bin Ali bin Alawi bin Muhammad sahib al-saumiah ibn Alawi bin Abdullah bin al-Imam al-Muhajir ila Allah Ahmad bin Isa bin Muhammad al-Naqib bin Ali al-Aridhy bin Jafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abiddin bin al-Husin al-Sibthi bin Ali bin Abi Thalib dan anak Fatimah al-Zahra’ binti Saidina Muhammad Khatam al-Nabiyin selawat, salam dan keberkatan ke atasnya dan ke atas mereka seluruhnya
Dilahirkan di Bandar Tarim, Hadramaut Negara Republik Yaman sebelum fajar hari Isnin 4 Muharam 1383H bersamaan 27 Mei 1963M. Mendapat pendidikan awal daripada bapanya yang ketika itu menjawat jawatan mufti di Tarim. Seterusnya menerima ilmu daripada ulamak-ulamak Hadramaut yang ada pada masa itu, antara guru beliau yang utama ialah al-Habib Salim bin Abdullah al-Shathry. Bermula tahun 1402H bersamaan 1982M al-Alamah al-Habib Umar berulang-alik ke al-Haramain al-Sharifain untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada al-Imam al-Arif al-Daiyah al-Habib Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqaf, al-Arif al-Daiyah al-Habib Ahmad bin Taha al-Hadad, al-Arif al-Alamah Abi Bakr al-Athas bin Abdullah al-Habasi dan beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid al-Shaikh Muhammad Yasin al-Fadany dan al-Alamah Muhadith al-Haramain al-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliky dan ulamak-ulamak lain.
Beliau mula mengajar dan melaksanakan tugasan dakwah Islam ketika berusia 15 tahun disamping meneruskan pengajian secara talaqi. Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-
1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.
Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.
Al-Alamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun
Sumber : Pondok Pasir Tumboh

hb_munzir-almusawa72Al-Allamah wal Fahamah Sayyidi Syarif Al-Habib Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin Ali bin Abdurrahman bin Ali bin Aqil bin Ahmad bin Abdurrahman bin Umar bin Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad Al-musawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abubakar Assakran bin Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi Alghayur bin Muhammad Faqihil Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Marbath bin Ali Khali’ Qasim bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Almuhajir bin Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqib bin Ali Al Uraidhiy bin Jakfar Asshadiq bin Muhammad Albaqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein Dari Fathimah Azahra Putri Rasul SAW.
Nama beliau Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa, dilahirkan di Cipanas Cianjur Jawa barat, pada hari jum’at 23 februari 1973, bertepatan 19 Muharram 1393H, setelah beliau menyelesaikan sekolah menengah atas, beliau mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bhs.Arab di LPBA Assalafy Jakarta timur, lalu memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, kemudian beliau meneruskan untuk lebih mendalami Syari’ah ke Ma’had Darul Musthafa, Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994, selama empat tahun, disana beliau mendalami Ilmu Fiqh, Ilmu tafsir Al Qur;an, Ilmu hadits, Ilmu sejarah, Ilmu tauhid, Ilmu tasawuf, mahabbaturrasul saw, Ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya....
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Nullam nec lorem. Duis erat. Mauris faucibus, nibh sed scelerisque commodo, libero lacus posuere diam, at ornare felis quam vitae mauris. Nam in diam. Cras nec metus. Nam suscipit elementum eros. Mauris ut nibh. Maecenas id velit. Nulla pellentesque porttitor dui.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing...
0 comments:
Post a Comment